Monday, May 19, 2014

KESAN BAIK DAN BURUK PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA DI SEKOLAH.

         Komputer riba merupakan satu keperluan yang mesti ada untuk setiap orang pada masa kini. Fenomena ini telah menyebabkan pihak sekolah juga terlibat dengan penggunaan komputer riba ini di sekolah. Di sekolah pada masa kini komputer riba sangat penting kepada semua pelajar, guru, dan kerani untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Komputer riba dan sekolah tidak dapat dipisahkan kerana untuk mencapai tahap sekolah berteknologi dan inovasi pada masa kini.
Menurut Muhyidin Yassin, didalam urusan pembelajaran di sekolah, buku teks digunakan oleh para pelajar dan juga guru. Namun, dengan arena teknologi yang semakin berkembang pesat, ia kelihatan mungkin dalam masa setahun dua lagi ia akan digantikan dengan penggunaan komputer riba.
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia dimana dikatakan usaha ini bakal meningkatkan kualiti pembelajaran di negara, disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Untuk memudahkan pelajar, dan mengurangkan kos tanggungan ibu bapa, ia akan mengekalkan skim pinjaman sebelum ini seperti buku teks, dimana pelajar akan diberikan pinjaman komputer riba pada awal tahun, dan kembalikan ia kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi persekolahan.
Kebaikan penggunaan komputer riba ini adalah membantu pelajar dan guru mendapatkan maklumat dengan pantas dan segera serta menjimatkan masa. Hal ini boleh menyebabkan sistem pendidikan si sekolah semakin cekap dan sistematik.
Selain itu, kebaikan penggunaan komputer riba ini ialah segala data dapat disampaikan dengan mudah dan cepat kepada pihak yang berkaitan. Contohnya, guru pada masa kini kena merekodkan markah ujian atau peperiksaan dalam sistem yang telah dikhaskan disekolah untuk memudahkan semua data dapat disampaikan kepada pihak atasan dengan mudah.
Namun penggunaan komputer riba di sekolah ini turut ada kekurangannya kepada pelajar sekolah, seperti ibu bapa yang tidak mampu menyediakan komputer riba ini kepada anak-anak. Hal ini akan membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Sememangnya ada bantuan komputer riba 1 Malaysia, namun bukan kesemua ibu bapa yang berpendapatan rendah mendapat bantuan tersebut.
Selain itu, penggunaan komputer riba ini juga boleh membuatkan prestasi pelajaran pelajar menurun kerana terlalu leka dengan dunia laman sosial, game, youtube dan sebagainya, akan menjadi parah apabila tidak dipantau.. Pelajar zaman sekarang terlalu bijak dan perasaan ingin tahu dalam diri mereka sangat tinggi menyebabkan mereka cuba mencari sesuatu perkara yang kadang-kadang tidak sesuai dengan umur mereka.
Tuntasnya, penggunaan komputer riba ini ada kebaikan dan keburukannya kepada pelajar mahupun sekolah, Namun dengan pemantauan yang berterusan pelaksanaan mengantikan buku teks kepada komputer riba boleh menjadi kenyataan jika pihak-pihak yang terlibat memberi kerjasama yang baik dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan yang berteknologi dan inovasi di sekolah pada masa kini.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya bersetuju dengan segala pendapat saudari Nor Laila mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan komputer riba. Kerajaan sendiri melalui gagasan Satu Malaysia telah memberikan komputer riba percuma atau "notebook" percuma kepada pelajar sekolah menengah yang terpilih. Hal ini menunjukkan bahawa komputer riba merupakan salah satu gajet atau kemudahan yang perlu pada masa ini. Ia membantu para pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.

    Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara langsung atas talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana pembelajaran akan lebih ceria.

    Seterusnya, faedah belajar menggunakan komputer ialah dapat menjimatkan masa sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan pembelajaran akan disediakan terlebih dahulu oleh guru atau pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga dapat dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas. Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Itu sahaja pendapat saya kerana selagi kita tahu batasan dalam penggunaan sesuatu barang atau perkara, kita pasti tidak "sesat dalam jalan yang terang". Terima kasih.

    NAMA : NUR HASYIMAH BINTI AHMAD AZLAN
    NO MATRIK : A140067
    KOS : SEJARAH FSSK
    MASA TUTORIAL : 12-1.00 PM

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..sememangnya penggunaan komputer riba mendatangkan banyak manfaat khususnya kepada para pelajar. Namun tidak dapat dinafikan juga terdapat kelemahan dalam penggunaan komputer riba di sekolah. Para pelajar akan lebih menggunakan komputer riba masing-masing sebagai medium hiburan dan bukannya untuk kegunaan belajar. Oleh yang demikian, tindakan pelajar ini wajar dikawal agar mereka tidak menyalahgunakan peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan khusunya pihak Kementeriaan Pelajaran Malaysia.Terima Kasih.

    Nama: Nur Jannah Binti Hasanal Azhari
    No Matrik: A140422
    Kos: Sejarah
    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Seperti saudari juga, saya berpendapat bahawa penggunaan komputer riba dalam kalangan pelajar sememangnya memberikan pelbagai manfaat dan dalam masa sama turut membawa kesan sampingan yang pelbagai. Namun begitu, pada pandangan saya, isu ini sebenarnya memberikan lebih banyak manfaat kepada pelajar. Hal ini kerana, jika kita melihat ke luar negara, kepada nnegara yang lebih maju, mereka sudah pun mengaplkasikan penggunaan komputer riba dlaam kalangan pelajarnya. Kita juga perlu menyedari bahawa dalam dunia IT pada hari ini, segalanya mampu dilakukan melalui kewujudan gadjet-gadjet tersebut. Justeru, apa salahnya sekiranya kita turut menggunakan manfaat ini untuk tujuan kearah penghasilan generasi yang lebih baik. Pelbagai langkah boleh diaplikasikan sebenarnya bagi mengelakkan kesan negatif akibat penggunaan komputer riba dalam kalangan pelajar ini menjadi berleluasa yang mana ianya merangkumi tanggungjawab daripada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan umumnya.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...
    Saya sangat bersetuju dengan kenyataan yang saudari berikan yang mana sekarang pelajar harus didedahkan dengan pembelajaran secara menggunakan komputer riba. Hal ini demikian kerana seiring dengan perkembangan teknologi yang menuntut masyarakat khususnya golongan pelajar agar mahir dalam penggunaan ICT. Hal ini amat baik untuk dilaksanakan kerana tidaklah para pelajar tertumpu kepada pembelajaran secara menggunakan buku teks semata-mata tetapi juga para pelajar boleh terdedah dan mendapat maklumat tambahan jika mereka mempunyai kemahiran untuk menguasai ICT. Namun begitu, tidak saya nafikan bahawa terdapat keburukan atau kelemahan dalam penggunaan komputer riba untuk menjalankan pembelajaran tetapi jika kita tetapkan panduan dalam penggunaan komputer riba tersebut pasti hasilnya akan menjadi baik dan positif.

    Siti Nurhasanah Binti Ali Rahman
    A 140316

    ReplyDelete