Monday, May 19, 2014

About Me Nor Laila Nekmat @ PJMLaila. ^_^





 NOR LAILA BINTI NEKMAT
A142372
SEJARAH / 2
FB - Nor Laila Nekmat (Pjmlaila)


KESAN BAIK DAN BURUK PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA DI SEKOLAH.

         Komputer riba merupakan satu keperluan yang mesti ada untuk setiap orang pada masa kini. Fenomena ini telah menyebabkan pihak sekolah juga terlibat dengan penggunaan komputer riba ini di sekolah. Di sekolah pada masa kini komputer riba sangat penting kepada semua pelajar, guru, dan kerani untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Komputer riba dan sekolah tidak dapat dipisahkan kerana untuk mencapai tahap sekolah berteknologi dan inovasi pada masa kini.
Menurut Muhyidin Yassin, didalam urusan pembelajaran di sekolah, buku teks digunakan oleh para pelajar dan juga guru. Namun, dengan arena teknologi yang semakin berkembang pesat, ia kelihatan mungkin dalam masa setahun dua lagi ia akan digantikan dengan penggunaan komputer riba.
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia dimana dikatakan usaha ini bakal meningkatkan kualiti pembelajaran di negara, disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Untuk memudahkan pelajar, dan mengurangkan kos tanggungan ibu bapa, ia akan mengekalkan skim pinjaman sebelum ini seperti buku teks, dimana pelajar akan diberikan pinjaman komputer riba pada awal tahun, dan kembalikan ia kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi persekolahan.
Kebaikan penggunaan komputer riba ini adalah membantu pelajar dan guru mendapatkan maklumat dengan pantas dan segera serta menjimatkan masa. Hal ini boleh menyebabkan sistem pendidikan si sekolah semakin cekap dan sistematik.
Selain itu, kebaikan penggunaan komputer riba ini ialah segala data dapat disampaikan dengan mudah dan cepat kepada pihak yang berkaitan. Contohnya, guru pada masa kini kena merekodkan markah ujian atau peperiksaan dalam sistem yang telah dikhaskan disekolah untuk memudahkan semua data dapat disampaikan kepada pihak atasan dengan mudah.
Namun penggunaan komputer riba di sekolah ini turut ada kekurangannya kepada pelajar sekolah, seperti ibu bapa yang tidak mampu menyediakan komputer riba ini kepada anak-anak. Hal ini akan membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Sememangnya ada bantuan komputer riba 1 Malaysia, namun bukan kesemua ibu bapa yang berpendapatan rendah mendapat bantuan tersebut.
Selain itu, penggunaan komputer riba ini juga boleh membuatkan prestasi pelajaran pelajar menurun kerana terlalu leka dengan dunia laman sosial, game, youtube dan sebagainya, akan menjadi parah apabila tidak dipantau.. Pelajar zaman sekarang terlalu bijak dan perasaan ingin tahu dalam diri mereka sangat tinggi menyebabkan mereka cuba mencari sesuatu perkara yang kadang-kadang tidak sesuai dengan umur mereka.
Tuntasnya, penggunaan komputer riba ini ada kebaikan dan keburukannya kepada pelajar mahupun sekolah, Namun dengan pemantauan yang berterusan pelaksanaan mengantikan buku teks kepada komputer riba boleh menjadi kenyataan jika pihak-pihak yang terlibat memberi kerjasama yang baik dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan yang berteknologi dan inovasi di sekolah pada masa kini.

5 Cadangan Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.

5 CADANGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN.

1) Menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)

Bagi memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan, pihak KPM telah menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Sistem ini merupakan satu inovasi sistem pengurusan pendidikan untuk mengukuhkan fungsi sistem maklumat pendidikan yang sedia ada dengan menyatupadukan maklumat dari pelbagai peringkat dan aktiviti dalam organisasi pendidikan iaitu sekolah-sekolah di seluruh negara kepada satu sistem yang dapat membekalkan maklumat menyeluruh untuk pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Di samping itu, pengagihan sumber, penganalisisan dasar, penilaian dan perancangan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih sistematik. Pada awalnya, sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian MS ACCESS Versi 2.0. Walau bagaimanapun dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang komputer, sistem ini kini telah dinaiktarafkan dengan perisian MS ACCESS 97 dan MS ACCESS 2000 yang mempunyai lebih banyak ciri yang menarik.

Di samping itu, EMIS merupakan satu program yang disusun khas dengan menggunakan media elektronik yakni komputer sebagai medianya. Ini bermaksud segala bentuk maklumat yang terdapat di peringkat sekolah dapat diguna pakai untuk tujuan masa kini dan akan datang. Justeru, pengaliran maklumat dapat dilakukan secara sistematik agar bidang pendidikan mendapat kebaikannya dengan mengambil kira unjuran masa depan. Dengan adanya EMIS, pihak kementerian dapat membuat keputusan samada untuk melaksanakan suatu projek atau tidak.
 
2) Menyediakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran Sistem Peperiksaan, KPM telah menghasilkan Sistem SAPS ini. Ia merupakan inovasi yang agak baru diperkenalkan. SAPS dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online )yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR (Actual Result). Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.
 
3) Menyediakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM)

Satu lagi inovasi ICT iaitu pangkalan data Pentadbiran dan pengurusan berkaitan dengan rekod pelajar dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda semasa beliau menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 2000. Sistem ini telah diperbaiki dan telah digunakan di seluruh negara.

Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan. Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer. Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Belajar.
 

Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Berasaskan Web  

Inovasi SSDM berasaskan web ini bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan. SSDM membenarkan penggunanya yang terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu: i) Sekolah, ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
 
Sistem Pengkomputeran Skim Pinjaman Buku Teks (Sisteksbbt)

Sisteks bantuan buku teks (Sisteksbbt) adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih. Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

Program ini bertujuan untuk:
  • Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT.
  •  Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK.
4) Sistem e-Hadir

Sistem in berasaskan portal menyediakan kemudahan seperti berikut untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Masa Berkomputer bagi memudahkan pemantauan di lakukan terhadap kehadiran, aktiviti keluar masuk, cuti, kerja lebih masa, dan surat kelewatan pekerja.
 
  • Memudahkan pemantauan tatatertib dan pergerakan kakitangan.
  • Memudahkan proses permohonan dan kelulusan cuti kerana ia dilakukan secara online
  • Boleh dijadikan medium untuk menilai prestasi kakitangan.
  • Meningkatkan tahap keselamatan pejabat dengan penggunaan akses pintu biometrik kerana orang luar tidak boleh masuk ke pejabat sesuka hati
  • Aplikasi ini dibangunkan mengikut pekeliling yang diamalkan oleh agensi-agensi kerajaan.
  • Aplikasi ini boleh diubahsuai mengikut kehendak / keperluan pelanggan.
  • Penggunaan secara menyeluruh bermula daripada individu, pentadbir sistem(admin), kerani, ketua jabatan dan pengarah 
5) Aplikasi e-GTukar dan e-Tukar

Aplikasi ini adalah sistem pengurusan pertukaran guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran. Sistem ini:-
  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / Bahagian-Bahagian KPM / Jabatan membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian / Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara onlinetanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

Saturday, May 3, 2014

BBM BUKAN ELEKTRONIK


"BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BUKAN ELEKTRONIK"
"10 GAMBAR BEKAS MENYIMPAN SERBA GUNA DARI PELBAGAI SUDUT"

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN




CARDBOARD
PENCIL
BERUS LUKISAN
GUNTING
PISAU
PEMBARIS
POSTER COLOUR
KERTAS LUKISAN
GAM GAJAH
GAM
SPRAY KILAT

CARA-CARA MEMBUAT


 UKUR DAN POTONG CARDBOARD SERTA KERTAS LUKISAN MENGIKUT KESUKAAN ANDA. SELEPAS ITU LUKIS DAN WARNAKAN CORAK KESUKAAN ANDA DIATAS KERTAS LUKISAN YANG TELAH DIUKUR MENGIKUT SAIZ CARDBOARD TADI.. TETAPI SAIZ KERTAS LUKISAN PERLU LEBIH PANJANG SEDIKIT DARIPADA UKURAN CARDBOARD KERANA APABILA HENDAK MELIPAT CARDBOARD MENJADI KOTAK PENCIL IA AKAN TERTARIK DAN MENYEBABKAN KERTAS LUKISAN TIDAK CUKUP UNTUK DILILITKAN DI SELURUH CARDBOARD. APABILA KERTAS LUKISAN SUDAH DILETAKKAN DISELURUH CARDBOARD,LETAKKAN GAM GAJAH DI SETIAP PENJURU TAPAK DAN DI TEPI CARDBOARD UNTUK CANTUMKAN CARDBOARD AGAR MENJADI BEKAS KOTAK PENCIL YANG SEMPURNA.







 PANDANGAN DEPAN


                                                                PANDANGAN ATAS