Monday, May 19, 2014

About Me Nor Laila Nekmat @ PJMLaila. ^_^





 NOR LAILA BINTI NEKMAT
A142372
SEJARAH / 2
FB - Nor Laila Nekmat (Pjmlaila)


KESAN BAIK DAN BURUK PENGGUNAAN KOMPUTER RIBA DI SEKOLAH.

         Komputer riba merupakan satu keperluan yang mesti ada untuk setiap orang pada masa kini. Fenomena ini telah menyebabkan pihak sekolah juga terlibat dengan penggunaan komputer riba ini di sekolah. Di sekolah pada masa kini komputer riba sangat penting kepada semua pelajar, guru, dan kerani untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Komputer riba dan sekolah tidak dapat dipisahkan kerana untuk mencapai tahap sekolah berteknologi dan inovasi pada masa kini.
Menurut Muhyidin Yassin, didalam urusan pembelajaran di sekolah, buku teks digunakan oleh para pelajar dan juga guru. Namun, dengan arena teknologi yang semakin berkembang pesat, ia kelihatan mungkin dalam masa setahun dua lagi ia akan digantikan dengan penggunaan komputer riba.
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia dimana dikatakan usaha ini bakal meningkatkan kualiti pembelajaran di negara, disamping melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Untuk memudahkan pelajar, dan mengurangkan kos tanggungan ibu bapa, ia akan mengekalkan skim pinjaman sebelum ini seperti buku teks, dimana pelajar akan diberikan pinjaman komputer riba pada awal tahun, dan kembalikan ia kepada pihak sekolah setiap kali selesai sesi persekolahan.
Kebaikan penggunaan komputer riba ini adalah membantu pelajar dan guru mendapatkan maklumat dengan pantas dan segera serta menjimatkan masa. Hal ini boleh menyebabkan sistem pendidikan si sekolah semakin cekap dan sistematik.
Selain itu, kebaikan penggunaan komputer riba ini ialah segala data dapat disampaikan dengan mudah dan cepat kepada pihak yang berkaitan. Contohnya, guru pada masa kini kena merekodkan markah ujian atau peperiksaan dalam sistem yang telah dikhaskan disekolah untuk memudahkan semua data dapat disampaikan kepada pihak atasan dengan mudah.
Namun penggunaan komputer riba di sekolah ini turut ada kekurangannya kepada pelajar sekolah, seperti ibu bapa yang tidak mampu menyediakan komputer riba ini kepada anak-anak. Hal ini akan membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Sememangnya ada bantuan komputer riba 1 Malaysia, namun bukan kesemua ibu bapa yang berpendapatan rendah mendapat bantuan tersebut.
Selain itu, penggunaan komputer riba ini juga boleh membuatkan prestasi pelajaran pelajar menurun kerana terlalu leka dengan dunia laman sosial, game, youtube dan sebagainya, akan menjadi parah apabila tidak dipantau.. Pelajar zaman sekarang terlalu bijak dan perasaan ingin tahu dalam diri mereka sangat tinggi menyebabkan mereka cuba mencari sesuatu perkara yang kadang-kadang tidak sesuai dengan umur mereka.
Tuntasnya, penggunaan komputer riba ini ada kebaikan dan keburukannya kepada pelajar mahupun sekolah, Namun dengan pemantauan yang berterusan pelaksanaan mengantikan buku teks kepada komputer riba boleh menjadi kenyataan jika pihak-pihak yang terlibat memberi kerjasama yang baik dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan yang berteknologi dan inovasi di sekolah pada masa kini.

5 Cadangan Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.

5 CADANGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN.

1) Menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)

Bagi memajukan Sistem Pentadbiran Pendidikan, pihak KPM telah menghasilkan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Sistem ini merupakan satu inovasi sistem pengurusan pendidikan untuk mengukuhkan fungsi sistem maklumat pendidikan yang sedia ada dengan menyatupadukan maklumat dari pelbagai peringkat dan aktiviti dalam organisasi pendidikan iaitu sekolah-sekolah di seluruh negara kepada satu sistem yang dapat membekalkan maklumat menyeluruh untuk pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Di samping itu, pengagihan sumber, penganalisisan dasar, penilaian dan perancangan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih sistematik. Pada awalnya, sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian MS ACCESS Versi 2.0. Walau bagaimanapun dengan perkembangan teknologi maklumat dalam bidang komputer, sistem ini kini telah dinaiktarafkan dengan perisian MS ACCESS 97 dan MS ACCESS 2000 yang mempunyai lebih banyak ciri yang menarik.

Di samping itu, EMIS merupakan satu program yang disusun khas dengan menggunakan media elektronik yakni komputer sebagai medianya. Ini bermaksud segala bentuk maklumat yang terdapat di peringkat sekolah dapat diguna pakai untuk tujuan masa kini dan akan datang. Justeru, pengaliran maklumat dapat dilakukan secara sistematik agar bidang pendidikan mendapat kebaikannya dengan mengambil kira unjuran masa depan. Dengan adanya EMIS, pihak kementerian dapat membuat keputusan samada untuk melaksanakan suatu projek atau tidak.
 
2) Menyediakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran Sistem Peperiksaan, KPM telah menghasilkan Sistem SAPS ini. Ia merupakan inovasi yang agak baru diperkenalkan. SAPS dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online )yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR (Actual Result). Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.
 
3) Menyediakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM)

Satu lagi inovasi ICT iaitu pangkalan data Pentadbiran dan pengurusan berkaitan dengan rekod pelajar dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). Sistem ini telah dibina oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda semasa beliau menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 2000. Sistem ini telah diperbaiki dan telah digunakan di seluruh negara.

Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan. Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer. Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Belajar.
 

Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) Berasaskan Web  

Inovasi SSDM berasaskan web ini bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan. SSDM membenarkan penggunanya yang terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu: i) Sekolah, ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
 
Sistem Pengkomputeran Skim Pinjaman Buku Teks (Sisteksbbt)

Sisteks bantuan buku teks (Sisteksbbt) adalah satu sistem pengkomputeran pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah. Pembangunan Sisteksbbt adalah di bawah kelolaan Bahagian Buku Teks dengan kerjasama Penyelia Buku Teks Negeri/Daerah, Pembantu Penyelia Buku Teks dan guru-guru ICT yang terpilih. Sisteksbbt diwujudkan untuk menyeragamkan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua sekolah seluruh negara demi ke arah kecemerlangan dan komitmen pentadbir serta guru dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT.

Program ini bertujuan untuk:
  • Mewujudkan pengurusan SPBT yang sistematik dan efisien berasaskan ICT.
  •  Mewujudkan satu sistem yang dapat membantu pemantauan dan penyelarasan pengurusan SPBT di peringkat BBT/JPN/JAIN/PPG/PPD/PPDK.
4) Sistem e-Hadir

Sistem in berasaskan portal menyediakan kemudahan seperti berikut untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Masa Berkomputer bagi memudahkan pemantauan di lakukan terhadap kehadiran, aktiviti keluar masuk, cuti, kerja lebih masa, dan surat kelewatan pekerja.
 
  • Memudahkan pemantauan tatatertib dan pergerakan kakitangan.
  • Memudahkan proses permohonan dan kelulusan cuti kerana ia dilakukan secara online
  • Boleh dijadikan medium untuk menilai prestasi kakitangan.
  • Meningkatkan tahap keselamatan pejabat dengan penggunaan akses pintu biometrik kerana orang luar tidak boleh masuk ke pejabat sesuka hati
  • Aplikasi ini dibangunkan mengikut pekeliling yang diamalkan oleh agensi-agensi kerajaan.
  • Aplikasi ini boleh diubahsuai mengikut kehendak / keperluan pelanggan.
  • Penggunaan secara menyeluruh bermula daripada individu, pentadbir sistem(admin), kerani, ketua jabatan dan pengarah 
5) Aplikasi e-GTukar dan e-Tukar

Aplikasi ini adalah sistem pengurusan pertukaran guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran. Sistem ini:-
  • Memberi kemudahan kepada guru-guru sekolah memohon pertukaran secara ‘online’.
  • Memudahkan pegawai di JPN / Bahagian-Bahagian KPM / Jabatan membuat pemantauan.
  • Memudahkan Bahagian / Jabatan membuat kelulusan secara online lebih berkonsepkan ‘paperless’.
  • Mempercepatkan permohonan yang sebelum ini memerlukan beberapa peringkat pengesahan sebelum sampai ke pegawai pelulus.
  • Memudahkan pihak pengurusan melihat statistik permohonan dan kelulusan secara onlinetanpa membuat pengumpulan data permohonan di setiap PPD dan Negeri.

Saturday, May 3, 2014

BBM BUKAN ELEKTRONIK


"BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BUKAN ELEKTRONIK"
"10 GAMBAR BEKAS MENYIMPAN SERBA GUNA DARI PELBAGAI SUDUT"

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN




CARDBOARD
PENCIL
BERUS LUKISAN
GUNTING
PISAU
PEMBARIS
POSTER COLOUR
KERTAS LUKISAN
GAM GAJAH
GAM
SPRAY KILAT

CARA-CARA MEMBUAT


 UKUR DAN POTONG CARDBOARD SERTA KERTAS LUKISAN MENGIKUT KESUKAAN ANDA. SELEPAS ITU LUKIS DAN WARNAKAN CORAK KESUKAAN ANDA DIATAS KERTAS LUKISAN YANG TELAH DIUKUR MENGIKUT SAIZ CARDBOARD TADI.. TETAPI SAIZ KERTAS LUKISAN PERLU LEBIH PANJANG SEDIKIT DARIPADA UKURAN CARDBOARD KERANA APABILA HENDAK MELIPAT CARDBOARD MENJADI KOTAK PENCIL IA AKAN TERTARIK DAN MENYEBABKAN KERTAS LUKISAN TIDAK CUKUP UNTUK DILILITKAN DI SELURUH CARDBOARD. APABILA KERTAS LUKISAN SUDAH DILETAKKAN DISELURUH CARDBOARD,LETAKKAN GAM GAJAH DI SETIAP PENJURU TAPAK DAN DI TEPI CARDBOARD UNTUK CANTUMKAN CARDBOARD AGAR MENJADI BEKAS KOTAK PENCIL YANG SEMPURNA.







 PANDANGAN DEPAN


                                                                PANDANGAN ATAS









Saturday, March 15, 2014

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI 



                                                                        AIRMOUSE


Inovasi sebuah komputer terus bekembang untuk membuat pengguna semakin lebih nyamandan cepat dalam mengakses komputer. Kenyamanan pengakseesan komputer kini diwujudkan dalam pembuatan mouse oleh produsen AirMouse. AirMouse adalah sebuah mouse dengan sistim seperti sebuah sarung tangan atau dengan kata lain mouse ini dipakaikan ke tangan anda langsung. AirMouse menggunakan sistim nirkabel dimana system kuasanya iaitu menggunakan bateri yang ada dapat bertahan selama 1 minggu dengan sekali isi ulang. Cara penggunaannya juga mudah, anggap saja anda menggunakan mouse tapi tidak ada mouse di bawah tangan anda. AirMouse juga menggunakan sistim laser sama seperti mouse lainnya dan optical diletakkan di bawah telapak tangan. AirMouse menjanjikan kecepatan dan akurasi dibandingkan mouse biasa.




                            Laptop yang boleh digulung






Laptop ini mempunyai kelebihan iaitu boleh digulung seperti menggulung sebuah kertas, layar LCD yang digunakan sangat fleksibel dengan di dukung oleh fasilitas multitouch. produk yang sangat menarik.




                                                                      Honda 3R-C 





Honda 3R-C adalah kenderaan masa depan beroda 3 keluaran Honda.Ia mempunyai 2 roda di hadapan dan 1 roda di belakang.Kenderaan ini menggunakan kuasa elektrik (bateri) dan hanya mempunyai 1 tempat duduk.Ia mempunyai kanopi lutsinar yang menutupi tempat duduk pemandu apabila kenderaan ini tidak digunakan.Kanopi ini juga bertindak sebagai pelindung terpaan angin ketika kenderaan ini bergerak.Di bahagian hadapan kenderaan ini terdapat ruang untuk menyimpan barang.



                                  
                                   Contact Lens



Di masa depan, Anda hanya boleh nonton TV atau browsing hanya dengan menggunakan lensa kontak (contact lens).alat mungkin sama seperti sebuah kaca mata yang boleh menampilkan gambar,video yang banyak, tetapi yang berbeza  yang satu ini dalam bentuk contact lens yang lebih kecik dan hanya dipakai seperti contact lanses. contact lenses mempunyai sebuah "layar LED" untuk menampilkan gambar/ teks dan sebuah transmitter untuk menerima semua gambar yang dikirim.







                                                              Sejadah Masa Depan


Inilah sejadah masa depan yang di ciptakan oleh Soner Ozenc . Yang menarik dari Sejadah ini adalah dapat mendeteksi alat kiblat yang benar, bila kiblat tidak tepat sejadah tidak akan bersinar , jika sejadah berada ke arah kiblat yang tepat maka akan mengeluarkan Cahaya.




                                 Skinny Player






Pesatnya teknologi yang berkembang saat ini menambah idea dan rasa kreatif untuk menciptakan sesuatu yang ramah lingkungan serta pemakaiannya pun mudah dengan memanfaatkan lingkungan sekitar manusia Chih-Wei Wang dan Shou-His Fu,  designer asal China mendesign MP3 player secara khusus. Diberi nama Skinny Player, pemain muzik ini tidak perlu disematkan di baju, ikat pinggang, atau dikantungi. Cukup ditampalkan ke kulit penggunanya, serperti plester pembalut luka. Sungguh unik design yang diciptakan serupa dengan cara kerja pembalut luka yang memiliki pelekat sisi. Konsep audio player digital ini menawarkan satu ruang untuk album lagu .Kedua designer MP3 player yang mereka desaign tidak akan kehilangan daya rekatnya meski telah dipasang-copot sebanyak ratusan kali dari kulit. Seperti diberitakan Discovery, selain dapat ditampal pada kulit, MP3 player ini juga tidak memerlukan bateri. Untuk berfungsi, Skinny Player hanya memerlukan haba dari tubuh manusia. Dari informasi yang beredar, Skinny Player hanya memiliki butang on/off dan speaker fleksibel yang boleh dilekuk sesuai dengan permukaan tubuh.






BASIKAL TERBANG


 Beberapa penyelidik di negara Eropah Tengah, Republik Czech berjaya mencipta basikal boleh terbang yang mempunyai berat kira-kira 95 kilogram dengan jarak penerbangan beberapa meter dari permukaan bumi. 



Ia mampu terbang untuk tempoh masa kira-kira lima minit. Rekaan basikal ini juga penuh dengan dua kipas di bahagian depan manakala dua kipas lain ditempatkan di bahagian belakang. Kemudian, terdapat satu kipas masing-masing di tepi kiri serta kanan basikal. 




Menariknya, basikal ini menggunakan teknologi bateri untuk menghidupkannya. Setakat ini, ia pernah diuji sekali dalam salah satu pameran di Prague di mana set prototaip berjaya berlepas dan mendarat semula dengan selamat selepas beberapa dengan ujian dijalankan beberapa individu. 







INgSOC,




Basikal yang digerakkan tanpa rantai yang sangat canggih dan kelihatan awesome ini adalah merupakan rekaan dua orang designer bernama Edward Kim dan Benny Cemoli. Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan sofistikated dan awesome, malahan basikal ini dilengkapkan dengan teknologi moden dan canggih. 




Diberi nama INgSOC, basikal tanpa rantai ini digerakkan dengan teknologi hybrid iaitu gabungan tiga janaan kuasa, iaitu battery-powered, battery assists dan battery charge mode, di mana bateri digerakkan dengan gerakan pedal. Dari segi reka bentuknya, ianya dibina dengan gabungan bantuk aerodinamik dan pemanduan flexible. 



Rangka basikal ini pula dibina menggunakan bahan polimer yang diperkuatkan dengan carbon fibre, menjadikannya sangat ringan. Antara ciri lain yang dipasang adalah dock untuk mengecas iPhone ketika mengayuh basikal.




                                          Luceplan Sky


Dirancang oleh Alfredo Häberli, mengandalkan energi matahari untuk menerangi jalan-jalan setelah gelap. Panel PV terletak di atas untuk mengisi baterai lampu pada siang hari. Lalu digunakan untuk menyalakan LED yang dapat melepaskan pencahayaan intens dan berkepanjangan di daerah tersebut. 




                                                      Ross Lovegrove's Solar Tree



Desainer Ross Lovegrove merancang lampu ini dengan sistem pencahayaan jalan inovatif yang bergantung pada energi matahari. Idenya adalah untuk membawa seni dengan konsep pohon surya, dibuat dengan teknologi modern pipa lentur. 




                                          Solar Forest






Konsep ini mengkondisikan pohon seperti terstruktur di hutan. Solar Forest tersusun dari pohon-pohon yang terdiri dari daun fotovoltaik, bertujuan untuk mengumpulkan tenaga surya. Pada setiap pohon memiliki stopkontak listrik yang digunakan untuk mengisi daya listrik. Selain menyediakan tenaga, daun photovoltaic juga memberikan keteduhan pada mobil-mobil yang parkir di bawahnya. Konsep ini akan segera terwujud di Inggeris dan Italia.










Tuesday, March 11, 2014

Definisi Inovasi

     Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.



Definisi Teknologi

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.